Peranan Generasi Muda dalam Memelihara Alam Sekitar

 



Kes pencemaran yang berlaku di Malaysia mutakhir ini memberi isyarat betapa bahayanya jika ilmu mengenai alam sekitar tidak dipelajari oleh generasi muda. Sebagai akibatnya, mereka gagal melaksanakan tanggungjawab untuk memelihara bumi ini daripada sebarang kerosakan yang boleh memudaratkan dan mengancam nyawa. 
(Dipetik dan diubah suai daripada 
"Kongsi Ilmu Alam Semula Jadi",
Harian Metro 15, Julai 2019)


Petikan di atas memperlihatkan kepada kita tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Jika alam sekitar tidak dijaga, sudah tentu timbulnya pelbagai masalah terhadap manusia dan unsur-unsur alam yang lain. Generasi muda pula mestilah bertanggungjawab memelihara alam sekitar supaya dapat diwariskan kepada generasi akan datang dalam keadaan yang baik

Tulis sebuah rencana tentang peranan generasi muda dalam memelihara alam sekitar.

Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan


Tema: Alam Sekitar
Kunci Soalan: Peranan Generasi Muda dalam Memelihara Alam Sekitar


Peranan Generasi Muda dalam Memelihara Alam Sekitar
Oleh Muhammad Ali


Zaman beralih, musim bertukar. Sejajar dengan era globalisasi ini, roda pembangunan negara kita bergerak bagai lipas kudung dan ekonomi negara kita tumbuh bagai cendawan selepas hujanSayang seribu kali sayangdi sebalik pembangunan pesat tersebut terdapat satu lakaram suram, iaitu kes pencemaran alam sekitar semakin meningkat pada saban tahun tanpa titik noktahnya. Hal ini membimbangkan masyarakat lagi apabila generasi muda gagal melaksanakan tanggungjawab untuk memelihara bumi ini daripada kerosakan. Persoalan yang berlegar-legar dalam gawang minda saya ialah apakah peranan generasi muda dalam memelihara alam sekitar?


Peranan perdana yang perlu dilakukan oleh generasi muda dalam memelihara alam sekitar ialah generasi muda patutlah sentiasa mengamalkan amalan 3R dalam kehidupan harian. Amalan 3R termasuklah mengurang, mengitar semula dan mengguna pakai semula. Dalam konteks ini, generasi muda perlulah mengurangkan penggunaan bahan plastik kerana bahan plastik sukar untuk dilupskan dan mengambil masa yang lama untuk diuraikan. Selain itu generasi muda boleh mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Contohnya, mereka boleh membuang bahan tersebut ke daalam tong kitar semula mengikut kategori yang ditetapkan. Dengan itu, jumlah pembuangan sampah akan dikurangkan. Tegasnya, amalan 3R patutlah dipraktikkan oleh generasi muda dalam kehidupan harian sehingga menjadi air mandi mereka untuk memelihara alam sekitar.


Selanjutnya, generasi muda juga harus acap kali melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti tersebut dapat memastikan alam sekitar bebas daripada sebarang bentuk pencemaran. Misalnya, generasi muda boleh menyertai program mengutip sampah di tepi pantai. Rentetan dengan itu, mereka dapat bersinergi antara satu sama lain untuk membersihkan kawasan pantai bagai aur dengan tebing. Selain itu, aktiviti tersebut boleh menjadi medan kepada generasi muda yang beraneka kaum untuk bergaul dan bertukar-tukar pendapat. Hal ini sekali gus meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda dan dianggap serampang dua mata. Tuntasnya, aktiviti sebegitu perlulah disahut oleh generasi muda spaya kebersihan alam sekitar terjamin.


       Sementelahan, generasi muda juga tidak perlu melakukan sebarang aktiviti yang boleh mencemarai alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana perbuatan tersebut bukan sahaja merosakkan keindahan alam sekitar malahan mencalar nama baik negara. Misalnya, jika generasi muda membuang sampah sarap di merata-rata tempat, pelancong akan berasa tidak berpuas hati. Hal ini bertepatan dengan peribahasa kerana nila setitik, roask susu sebelangga. Dalam hal ini, generasi muda perlu tidak bersekongkol dengan pihak pencemar untuk merosakkan keindahan alam sekitar. Sebaliknya, mereka harus melaporkan sebarang perbuatan pihak pencemar kepada pihak berwajib iaitu Jabatan Alam Sekitar(JAK). Tuntasnya, generasi muda patut mengelakkan  diri daripada melakukan aktiviti yang boleh mencemari alam.


Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa generasi muda memikul tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana semula jadi merupakan khazanah alam yang dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia. Bak kata peribahasa, "pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara". Lantaran itu, generasi muda yang merupakan aset negara haruslah bertanggungjawab memelihara alam sekitar supaya alam sekitar dapat menjadi tatapan generasi yang akan datang. Dengan itu, negara dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju lain. Biar matahari terus bersinar, biar pokok terus bergoyang, biar nusa teercinta kita terus disegani kerana mempunyai alam sekitar yang indah. 


(474 patah perkataan)



Markah - Disemak Cikgu TLC

58/70


Ulasan