Peribahasa

 Peribahasa dalam Buku Teks Tingkatan 4


Peribahasa Maksud
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar Melakukan 2 tugas semasa
Hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai Belajar daripada orang yang pakar dalam bidang yang ingin dipelajari
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapai cita-citanya
Orang mengantuk disorongkan bantal mendapat sesuatu yang diingini
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi mendapat sesuatu yang diingini
Zaman Tuk Nadur berkajang kain zaman dahulu
Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang kejayaan tidak dapat dicapai tanpa usaha
Bertangguh itu pencuri masa melakukan kerja secara bertanggung merugikan diri-sendiri
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam selamat jika bernasib baik, binasa jika bernasib malang
Titik peluh hasil usaha sendiri
Hujan halau mentua hujan sebentar sahaja
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa ilmu pengetahuan tidak mengikut usia seseorang
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai jangan dekati bahaya jika takut ambil risiko
Takkan lari gunung dikejar, hilang kabut tampaklah dia Jangan terburu-buru terhadap perkara yang sudah pasti
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Walaupun negera orang lebih makmur, negera sendiri lebih baik
Jauhari juga yang mengenal manikam orang yang bijak sahaja yang mengetahui keelokan ilmu
Indah khabar daripada rupa Khabar sentiasa lebih baik daripada keadaan sebenar
Bapa borek, anak rintik Peribadi seseorang anak akan sama dengan ibu bapanya
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Peribadi seseorang anak akan sama dengan ibu bapanya
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata Orang mengatakan sesuatu tentulah ada sebabnya
Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang Zaman berubah
Kera mendapat bunga Orang yang tidak menghargai hadiah yang didapati
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga Sepandai-padai seseorang dalam suatu perkara, sekali pasti akan melakukan kesilapan juga
Bagai itik mendapat air Gembira
Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah Setiap perkara yang berlaku tentulah ada sebabnya
Kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang Setiap perkara yang berlaku tentulah ada sebabnya
Air tenang jangan disangka tiada buaya Orang pendiam jangan disangka bodoh
Seperti telur di hujung tanduk keadaan yang bahaya
Sambil menyelam minum air 2 atau lebih matlamat yang dicapai dengan 1 pekerjaan
Pisang tidak berbuah dua kali Sekali mengalami kerugian, tentu akan berhati-hati pada masa depan
Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan Contohi perkara yang baik, jauhi perkara yang buruk
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan Insaf segera selepas mendapati kesalahan diri
Mata air Tempat air terbit dari tanah
Jalan tengah Tidak berat sebelah
Harga diri Maruah
Membuang muka Tidak menghiraukan
Membuka mata Meluaskan pandangan
Panas baran Cepat marah
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya Berhati-hati ketika bertutur supaya tidak menyinggung perasaan orang lain
Ambil kira Membuat pertimbangan
Malang tidak berbau Kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya
Anak bongsu Anak yang paling muda dalam keluarga
Alah membeli, menang memakai Walaupun sesuatu barang mahal, tetapi tahan lama
Membaca jambatan ilmu Membaca menambah ilmu pengetahuan kita
Biar putih tulang, jangan putih mata Lebih baik mati daripada menanggung kemaluan
Yang lama dikelek, yang baharu didukung Adat lama tetap dilaksanakan di samping budaya hidup yang baharu
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam Kejayaan boleh dicapai jika berusaha
Duit saku Wang perbelanjaan peribadi
Air tangan Masakan seseorang

 

Peribahasa dalam Buku Teks Tingkatan 5


Peribahasa Maksud
Belukar sudah menjadi rimba Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi
Nasi sudah menjadi bubur Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi
Duit tepi Pendapaan sampingan
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi orang yang sama darjat atau pangkat
Usaha tangga kejayaan Kejayaan boleh dicapai jika berusaha
Hemat pangkal kaya, rajin pangkal pandai Kejayaan boleh dicapai jika berusaha
Genggam bara api, biar sampai jadi arang Kejayaan boleh dicapai jika berusaha
Masa itu emas Masa itu tidak ternilai harga
Sudah terhantuk baru tengadah Selepas mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat
Sediakan payung sebelum hujan Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan
Ingat sebelum kena jimat sebelum habis Sentiasa berwaspada ketika berbelanja supaya tidak kehabisan harta
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Fikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu supaya tidak menyesal
Gading mana yang tidak retak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan
Gulung tikar Muflis
Anak buah Pekerja di bawah jagaan kita
Bersekutu Bertambah Mutu Bekerjasama antara satu sama lain akan membuahkan kejayaan
Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk Sama-sama bertanggungjawab
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Kesilapan seseorang mengakibatka orang lain menerima tempiasnya atau akibatnya
Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat puncak junjung Setiap pekerjaan perlulah dikerjakan mengikut peraturannya
Bertakuk ditebang, bergaris yang dipahat Mengikut peraturan (adat/resam) yang lazim
Tak lapuk dek hujang, tak lekang dek panas Sesuatu yang sudah utuh
Dicabut layu, diubah mati Tidak dapat diubah lagi (keputusan)
Disuruh pergi, dipanggil datang Perihal seseorang yang patuh menurut perintah
Adat dikelek, hukum dijunjung Adat dikuatkuasakan dan undang-undang ditegakkan
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung Setiap perbuatan ada peraturannya, setiap negeri mempunyai kebiasaannya
Langkah bendul Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya
Jong pecah yu yang kenyang Kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi orang lain
Bahasa ibunda Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum
Celik huruf Orang yang tahu membaca dan menulis
Membaca membuka mata Dengan membaca memudahkan kita berfikir
Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk Semakin banayk ilmu, semakin tinggi pangkat dan semakin merendah diri
Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa tahu Orang yang berusaha senyap beroleh banyak hasil berbanding yang sedikit diperoleh tetapi diheboh-hebohkan
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya Mendidik anak-anak biarlah ketika anak itu masih kecil
Nama pena Nama yang digunakan oleh penulis pada karyanya
Bahasa Menunjukkan Bangsa Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa
Bak cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banayk pada sesuatu masa
Daripada segenggam, jadi segantang Bernasib baik
Di mana air bertakung, di situ ikan berkampug Di maba-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu
Senduk besar tak mengenyang Janji sahaja yang banyak dibuat tetapi tidak ditepati
Buah tangan Hasil pekerjaan
Darah daging Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni sepakat
Anak ayam kehilangan ibu Kesusahan yang dialami oleh seseorang apabila dirinya kehilangan tempat bergantung
Ketam mengajar anaknya berjalan betul Orang yang menyuruh orang lain berbuat betul tetapi diri sendiri tidak berbuat betul

Ulasan

Catatan Popular