Usaha-usaha Untuk Menarik Minat Anak-anak Muda Dalam Pertanian (Karangan Respsons Terhad)


padi sawah yang masih muda


Bahan 1

Generasi muda merupakan tenaga penggerak utama industri pertanian negara dan sekiranya minda mereka tidak dibuka, negara terpaksa bergantung kepada sumber makanan yang diimport. Selain itu, persepsi masyarakat yang memandang tinggi kepada bidang kerja di pejabat perlu diubah. Mereka juga perlu diberi pendidikan menerusi kursus serta latihan dan keyakinan dalam bidang ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian, 31 Januari 2019) 



Bahan 2

Institut Pertanian Semenanjung Malaysia

Tawaran Kursus Pertanian
Anjuran
Kelab Pertanian

Bertempat di Institut Pertanian
Semenanjung Malaysia

Setiap Sabtu dan Ahad
8:00 pagi hingga 5:00 petang

Untuk permohonan, sila layari:
http://edubestari.com

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk menarik minat anak-nak muda alam pertanian.

Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.



  Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting di negara kita. Namun begitu, sektor pertanian semakin dianaktirikan akibat perkembangan pesat dalam sektor perindustrian. Oleh itu, pelbagai langkah harus diambil untuk menarik minat anak-anak muda dalam pertanian.


Antara usaha untuk menarik minat remaja dalam pertanian ialah pihak kerajaan haruslah mengadakan kursus pertanian untuk mendedahkan golongan muda tentang bidang pertanian. Contohnya, kolej RISDA menawarkan kursus dalam bidang pertanian. Tegasnya, golongan muda akan mendapat sijil apabila tamat pengajian.


Selanjutnya, pihak kerajaan patutlah berusaha mengubah persepsi golongan muda terhadap bidang pertanian kerana rata-ratanya golongan muda beranggapan bahawa bidang pertanian kurang menarik, iaitu 3D. Sesungguhnya, bidang pertanian berpotensi untuk mendatangkan pulangan yang lumayan. Peribahasa “alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan” haruslah dijadikan sebagai pegangan untuk memajukan bidang tersebut.


Sementalahan, pihak kerajaan patutlah menggalakkan penggunaan kaedah moden dalam bidang pertanian kerana kaedah tradisional tidak menjanjikan pulangan yang lumayan. Misalnya, penggunaan jentera dalam aktiviti di sawah mapu membantu meningkatkan produktiviti petani. Tuntasnya, pulangan yang lumayan boleh meyakinkan golongan muda untuk menceburi dalam bidang pertanian.


Intihanya, semua pihak patutlah mendorong golongan muda untuk menceburi bidang pertanian kerana berpotensi mendatangkan pulangan yang lumayan. Jika sektor pertanian masih tidak diminati oleh rakyat, negara kita akan bergantung kepada negara lain untuk mendapat bekalan makanan. Lantaran itu, golongan muda patutlah berani menceburi bidang tersebut.


205 patah perkataan



Markah - disemak Cikgu TLC
24/30

Ulasan

Catatan Popular