Langkau ke kandungan utama
100+ Frasa, Ungkapan & Ayat Menarik
"Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain."
Anda boleh baca satu frasa, ungkapan & ayat menarik setiap hari.
- Media massa merupakan wadah penyampaian informasi berkesan kerana mata pena lebih tajam daripada mata pedang
- Kepentingan ..... banyak terpancar melalui cogan kata "....."
- Sebagai wahana untuk
- memikul obligasi
- tidak boleh lepas tangan
- jejak langkah boleh diikuti oleh anak-anak
- ibu bapa yang sibuk diburu waktu dan asyik mengejar fatamorgana sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memberikan kasih sayang kepada anak-anak ...... ibarat "anak kera di hutan disusui, anak di rumah kebuluran"
- bercanggah pendapat dan menuding jari terhadap cara-cara / punca-punca / kesan-kesan.....
- persoalan yang muncul/berlegar-legar di gawang minda saya ialah.....
- menjamin hubungan ..... yang sakinat
- media massan dan jaringan Internet dalam dunia tanpa sempadan membolehkan maklumat diakses di hujung jari. Jiwa remaja yang masih hijau mudah terpengaruh dan tenggelam dalam dunia khayalan yang boleh menjejaskan potensi remaja.
- membezakan yang mana kaca dan yang mana intan / antara kaca dengan permata
- ibarat kapal tanpa nakhoda (kecetekan didikan agama)
- Lao Tze pernah berkata bahawa "kegagalan merupakan asas kemenangan"
- biar pepohon terus bergoyang, biar matahari terus bersinar, biar nusa tercinta kita terus disegani kerana.....
- melahirkan generasi muda yang berminda kelas pertama, berwibawa dan tidak tumpas dalam gelombang milenium ini
- menerajui negara tercinta ke mercu kejayaan
- merupakan bakal pemimpin yang dapat mengorak langkah/memacu negara tercinta ke mercu kegemilimangan di puncak jagat
- ibu bapa yang menjadi tungguk yang dominan kepada anak-anak perlulah ..... supaya menjadi rumah daya tarikan anak-anak
- rumah tersebut ibarat neraka dan anak-anak akan mudah terjebak dalam kancah sosial/kebejatan sosial
- anak-anak remaja yang masih berdarah setampuk pinang dan berumur setahun jangung dapat .....
- sikap ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul haruslah dielakkan
- anak-anak ibarat sehelai kain putih dan ibu bapa yang mencorakkan kain tersebut sama ada berwarna-warni atau gelap gelita
- ..... merupakan tulang belakang negara ke arah merealisasikan visi utama negara
- mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan pembentukan ..... dalam kalangan watan Malaysia
- mengimplementasikan pelbagai langkah yang drastik dan pragmatik
- ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
- para pendidik yang dikenali sebagai agen pemasyarakatan perlu menyempurnakan tanggungjawab mereka dalam menyemaikan sifat ..... kepada para pelajar
- melentur buluh biarlah dari rebungnya
- sebelum nasi menjadi bubur / sebelum bisul menjadi nanah / sebelum kudis menjadi tokak
- mempunyai didikan agama yang mantap dan utuh
- sifat ..... semakin terhakis dalam jiwa para masyarakat dan telah diganti dengna sikap individualistik bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
- supaya belenggu yang merantai masalah ..... dapat dirungkai dan diselesaikan /dikekangkan / dibendung hingga akar cerucuknya / akar umbinya
- tidak menjadikan jarak beribu batu sebagai alasan untuk merenggangkan hubungan
- masalah ..... semakin bermaharajalela dan menjadi-jadi ibarat cendawan tumbuh selepas hujan
- generasi muda bakal memacu pembangunan negara kita agar negara berada pada landasan yang tepat dan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju lain
- tunjang pembentukan keperibadian anak-anak
- jelaslah bahawa kemelut ini tidak seharusnya dipandang remeh dan perlu dibanteras dengan segeranya dari akar umbi
- amalan ..... haruslah ..... dipraktikkan .....
- Gagasan "Satu Malaysia" yang diuar-uarkan oleh Najib Razak dapat direalisasikan dan dicapaikan
- Gagasan "Keluarga Malaysia" yang diuar-uarkan oleh Ismail Sabri dapat direalisasikan dan dicapaikan
- "kerana nila setitik, rosak susu sebelangga". Pperkara tersebut jangan dipandang remeh kerana akan mencalar nama negara kita.
- masalah ..... semakin menghantui dan membayangi jutaan penduduk terutamanya di bandar-bandar besar
- rakyat yang kental semangat ..... akan mengambil inisiatif yang berlipat ganda untuk ..... yang menjadi nadi utama kepada penjanaan ekonomi negara kita
- menyemarakkan/membangkitkan / menyuntik semangat dalam lubuk hati masyarakat
- jadikan "Rumahku Syurgaku" sebagai tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang
- mengajar anak-anak mereka agar tidak tersesat ketika menempuh belantara kehidupan tanpa terpesong ke arah kemudaratan
- ungkapan slogan "....." memanifestasikan kepentingan ..... kepada kita yang banyak tidak terperi
- kalau kita renungi sejenak, / bertitik tolak daripada sudut lain / kalau kita tinjau daripada perspektif yang lain
- bertindak sebagai benteng untuk menangkis seribu batu dugaan dan gadaan luaran
- masalah tersebut semakin meningkat tanpa titik noktahnya pada saban hari
- sudah terang lagi bersuluh bahawa grafik yang jelas dan berwarna-warni itu akan menarik minat dan meningkatkan keghairahan generasi muda untuk .....
- janganlah kita menjahanamkan dirinya dengan najis dadah yang keji durjana
- prakarsa = inisiatif
- negara yang bakal mengecap nikmat kecemerlangan perlu disokong oleh barisan rakyat yang sihat, cergas, dan positif
- langkah yang mujarab / efektif
- Intervensi / Campur tangan daripada ibu bapa amat diperlukan untuk menyedarkn anak-anak mereka tentang ..... sejak kecil lagi
- ibu bapa memikul tanggungjawab keibubapaan yang sebaik-baiknya
- George Santayana mengatakan, "mereka yag lupa akan sejarah pasti akan mengulangi kesilapan yang lalu"
- mendidik anak sejak kecil lagi / sejak anak merah tapak kaki
- kepesatan arus globalisasi dan juga limpahan media hiburan terhadap anak-anak muda zaman ini menyebabkan sifat kewarganegaraan mereka terhakis secara tidak langsung. Sebagai contoh, hiburan yang terlampau dan bersifat kebaratan mudah mempengaruhi minda generasi muda yang sememangnya mudah terikut-ikut seperti lembu dicucuk hidung sahaja lagaknya
- sejajar dengan landaan gelombang globalisasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di negara tercinta ini demi menggapai status negara maju
- Namun di sebalik kemajuaan ini, terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita, iaitu .....
- sebagai penghias penutup bicara, sudah terang lagi bersuluh .....
- pepatah Arabb ada menyebut, "masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memancungnya, pasti masa akan memancung kamu"
- ....., seperti yang ditegaskan oleh Confucius, ahli falsafah sosial yang termasyhur dari China yang menjelaskan bahawa semakin banyak kita belajar, semakin insaflah kita betapa sedikitnya yang kita ketahui
- pesanan ahli falsafah Yunani Socrates, aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan perlu dijadikan pegangan untuk mengekalkan kesihatan kita
- mencari sesuap nasi dan seteguk air
- Sekiranya usaha kita hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, sudah pasti semua usaha yang dijalankan sebelum ini seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Peribahasa ada menyatakan, perahu sudah di air, dayung sudah di tangan, maka sudah sampai masanya untuk rakyat bangkit dan .....
- pada saat kita sibut merencana kehidupan di dunia yang fana ini, wujudnya fenomena yang amat membimbangkan segenap masyarakat, iaitu .....
- hayatilah pesanan guru Ching Hai, iaitu kita bekerja bukan untuk mencari wang semata-mata, melainkan untuk menunaikan kewajipan kita
- bantuan ..... yang dihulurkan oleh ..... adalah alang kepalang
- sayang seribu kali sayang, .....
- usaha untuk ..... perllu diikhtiarkan supaya .....
- Menerusi bantuan modal dan khidmat nasihat secara berterusan ..... dapat dikembangkan kerana ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
- melonjakkan anjakan paradigma
- Alfred Adler, pakar perubatan dari Austria ada berkata, "orang yang menyisihkan dirinya daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan kerana pergaulan mencerdaskan dan menajamkan ingatan" [mendapat nasihat]
- memikat = menarik [hati, perhatian]
- Pendek kata, usaha yang murni ini tentu dapat mendatangkan / membuahkan hasil yang lumayan kerana ..... merupakan lubuk emas negara
- Haruslah kita sedari bahawa setiap bangunan yang tersergam megah tidak bergantung pada sebatang tiang sahaja tetapi tiang-tiang dan pasak-pasak yang saling menopang antara satu sama lain kerana bersatu teguh bercerai roboh. Kejayaan yang semanis madu tidak akan dapat kita kecapi tanpa curahan usaha yang sepahit hempedu kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
- golongan remaja menrupakan aset modal insan negara yang bakal menerajui pucuk kepemimpinan negara kelak
- keadaan saling menuding jari seperti yang jelas dipaparkan dalam lirik lagu "Bangau, Oh, Bangau" terhadap isu ini harus dikikis dengan segera [saling mementingkan diri-sendiri]
- uswah hasanah = teladan baik
- ibu bapa haruslah mengasuh, mendisiplinkan, dan melengkapkan anak-anak mereka dengan didikan yang sempurna
- Socrates yang masyhur ada berkata "bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah betapa tololnya diriku"
- menjadi air mandi
- bersinergi = bekerjasama
- wadah = saluran
- Hal ini berupaya memacu negara ke arah yang lebih maju dalam mengharungi Revolusi Industri 4.0 yang berterakan teknologi
- Nilai kerjasama dan sikap tidak mudah berputus asa ini menjadi elemen penting untuk para remaja khususnya untuk mengharungi kehidupan dalam dunia nyata yang penuh dengan pancaroba / (onak, duri, dan ranjau)
- sesungguhnya, ibu bapa perlu melakukan anjakan paradigma supaya menghapuskan kekotoran fikiran mereka
- remaja yang mampu menarik rambut di tepung dapat dilahiran [bijak]
- Vergilius pernah berkata bahawa kerja yang dilakukan dengan semangat yang tidak kenal putus asa, dapat mengatasi segala-galanya
- walaupun terdapat perdebatan tentang baik dan buruk .....
- berkecimpung dalam bidang .....
- kita haruslah memegang teguh pada pesanan Norman Vincent Peale yang merupakan pegarang tersohor di Amerika Syarikat, iaitu "ubahlah fikiran anda supaya anda dapat mengubah dunia adnda"
- mengharumkan nama negara sehingga nama Malaysia gah di persada dunia
- memetik nukilan Saiyidina Ali, "tuntutlah ilmu kerana ilmu menjaga kamu dan kamu menjaga harta. Ilmu apabila diperdagangkan bertambah dan harta apabila diperdangkan berkurang, membuktikan bahawa ilmulah yang menjadi harta paling kekal"
- mauduk bicara = buah mulut
- Dalam satu proklamasi, Presiden Soekarno pernah berkata, "gantunglah cita-citamu di bintang yang tinggi walaupun kakimu masih terbenam di perlimbahan". Demkianlah betapa besarnya makna cita-cita dalam kehidupan manusia
- menagguk di air keruh
- zaman beralih, musim bertukar, fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku
- mencecah umur 50-an
- berlipat ganda
- stigma dan pandangan buruk yang menyelubungi masyarakat ini perlu direvolusikan dengan bantuan media massa supaya anggota masyarakat lebih optimis untuk menceburi bidang .....
- mengadakan jerayawara untuk memupuk orang ramai terhadap ..... Pendek kata, revolusi minda rakyat mampu memberikan nafas kepada .....
- memanifestasikan peranan sebagai landasan dengan .....
- kita perlu mempamerkan kesungguhan yang kuat untuk menjayakan hasrat kerana menurut William J. Siegel, "manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal untuk merancang"
- sementelahan = selanjutnya
- menyalakan kesungguhan dan kemahuan dalam sanubari sehingga berjaya melakar kejayaan
- kata mutiara daripada Vince Lambardi, iaitu perbezaan antara yang berjaya dengna yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan haruslah dijadikan sebagai azimat untuk terus mengorak langkah ke hadapan demi menjamin masa depan yang cerah
- ..... tidak patut berputus asa kerana John F. Kennedy pernah menegaskan bahawa hanya mereka yang berani gagal akan meraih kejayaan
- ..... haruslah bersikap siaga sebagai modal insan yang berdaya kepemimpinan dan berkaliber
- Dasar Perpaduan Negara 2030
- nafsu ingin tahu akan ..... akan membuak-buak dalam sanubari mereka untuk menerokainya
- berjinak-jinak dalam masalah sosial
- anak watan = warganegara
- menangkis segala godaan anasir yang mampu menconteng orang di muka ahli keluarga kita
- kesimpulannya, pelbagai pihak haruslah bersinergi bagai aur dengan tebing ..... Kerjasama yang padu daripada semua pihak amat diperlukan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
- William Shakespeare pernah berkata, "jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi"
- ..... bersikap nafsi-nafsi bagai enau dalam berlukar, melepaskan pucuk masing-masing
- merupakan satu pendekatan serampang dua mata untuk .....
- ..... seyogia menganjak paradigma tentang ....., iaitu .....
- pesanan "....." haruslah selalu berlegar-legar dalam gawang minda .....
- menurut William J. Siegel, "manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal untuk merancang." Sekiranya perancangan yang rapi tidak dikendalikan, sudah pasti semua usaha yang dijalankan sebelum ini seolah-oleh mencurah air ke daun keladi.
- Peribahasa ada menyatakan, perahu sudah di air, dayung sudah di tangan, sudah sampai masanya untuk .....
- menyayat hati
- sebagai rakyat yang bernaung di bawah panji negara yang tercinta ini, .....
- menangani segala aral melintang
- ..... kerana hasil tidak akan dapat dituai jika hanya bermodalkan kata-kata kerana Confusius pernah mengungkapkan bahawa orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan berkata selaras dengan tindakannya
terima kasih atas perkongsian. saya mohon kongsi.
BalasPadam