Kebaikan Melancong di dalam Negara (Karangan Respsons Terhad)


Bahan 1

Geembung Pelancongan Bersasar

Berkuatkuasa pada 10 Mac 2021

  • pergerakan antara negeri-negeri PKPP sahaja DIBENARKAN
  • Gelembung pelancongan bersasar terpakai untuk Pulau Langkawi
  • Status Pulau Langkawi ditukar ke PJPP dari PKPB, walaupun Kedah masih di bawah PKPB
  • Pulau Langkawi kini ialah Zon Hijau dengna 2 kes terakhir direkodkan pada 20 Februari 2021


Syarat

  • Pergerakan secara persendirian TIDAK DIBENARKAN
  • Perlu guna perkhidmatan agensi dan syarikat kenderaan pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC
  • Agensi pelancongan perlu dapatkan kebenaran polis untuk pergerakan rentas negeri
  • TIDAK DIBENARKAN BERHENTI di negeri PKPB
  • Tempat penginapan dan aktiviti pelancongan perlu ditetapkan lebih awal
  • Pergerakan dari PKPB ke PKPP masih TIDAK DIBENARKAN


7 NEGERI PKPP (SEHINGGA 15 MAC 2021)

  • MELAKA
  • PAHANG
  • TERENGGANU
  • SABAH
  • PUTRAJAYA
  • LABUAN
  • PERLIS
Dapatkan maklumat lanjut SOP di

Bahan 2

Cuti-cuti Malaysia

Pergilah Melancong!

Kebaikan Melancong di Dalam Negara

  • Menjimatkan masa dan wang
  • Mengenal Malaysia dengan lebih dekat
  • Meningkatkan ekonomi negara
  • mewujudkan peluang pekerjaan


Huraikan pendapat anda tentang kebaikan melancong di dalam negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 


Lagu Cuti-cuti Malaysia banyak menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong di negara sendiri. Pada masa ini, negara kita dilanda wabak penyakit berjangkit dan kita tidak dibenarkan untuk bergerak ke mana-mana. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan pergerakan antara negeri-negeri PKPP shaja.

Terdapat banyak kebaikan melancong di dalam Malaysia. Kebaikan perdana ialah kita dapat mengenal Malaysia dengan lebih dekat. Contohnya, apabila kita berkunjung ke Gunung Kinabalu, kita akan terpegun akan ketinggian gunung tersebut yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia. Dengan itu, kita akan melahirkan rasa patriotisme kerana tak kenal maka tak cinta. Tuntasnya, kita akan lebih mengenali asal usul Malaysia jika melancong di Malaysia.


Selanjutnya, kita dapat menjimatkan masa dan wang apabila berkunjung di Malaysia kerana berbelanja di negara kita adalah lebih murah berbanding dengan di luar negara. Hal ini secara tidak langsung dapat menjana ekonomi negara kita dan sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan. Tegasnya, pengaliran wang ke negara lain dapat dikurangkan di samping kita juga dapat menjimatkan masa dan wang. Bak kata peribahasa “serampang dua mata”. 


Kesimpulannya, kita patutlah menyahut seruan kerajaan untuk melancong di dalam Malaysia kerana “hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik di negeri sendiri”. Namun begitu, kita patutlah mematuhi syarat gelembung pelancongan bersasar agar dapat mengawal penularan wabak penyakit COVID-19.


205 patah perkataan


Markah - disemak Cikgu OKH

24/30


Ulasan