Kesan Penggunaan Kad Kredit


kad debit pandangan dekat


Kad kredit ialah sejenis bayaran ansuran yang membolehkan anda untuk membeli barangan atau sevis tanpa menggunakan wang tunai.

(Sumber: http://www.eraconsumer.org)

Kad kredit merupakan kad bayaran yang paling meluas digunakan di Malaysia. Secara purata, 349 juta transaksi dilaksanakan menggunakan kad kredit setiap tahun sejak sedekah yang lalu.

Bincangkan kesan penggunaan kad kredit.


Tema: Kad kredit
Kunci Soalan: Kesan penggunaan kad kredit.


  Zaman beralih, musim berubah. Sejajar dengan era globalisasi ini, dunia ini semakin dilimpahi dengan teknologi maklumat. Setiap maklumat dapat kita capai di hujung jari melalui teknolog maklumat. Kini, segala transaksi wang yang dilakukan pada zaman Tuk Nadur berkajang kain, iaitu bayaran dalam bentuk wang tunai telah berubah kepada bayaran melalui kad kredit tanpa menggunakan wang tunai. Tidak dapat dinafikan bahawa kad kredit yang dicipta telah banyak mengubah kehidupan manusia dalam corak perbelanjaan wang. Sesungguhnya, rakyat yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2000 ke atas boleh memohon penggunaan kad kredit. Persoalan yang berlegar-legar dalam gawang minda saya ialah apakah impak penggunaan kad kredit kepada kita?


Kalau kita renungi sejenak, akan kita dapati bahawa dengan memiliki kad kredit, kita tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika keluar dari rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana kad kredit akan merekod wang yang dibelanjakan dan memindah wang kepada penjual barangan. Contohnya, kita hanya perlu memproseskan kad kredit di atas mesin pemprosesan dan traksaksi akan dibuat. Sementalahan, pemegang kad kredit boleh mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik(ATM). Dengan itu, kita bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah terlupa membawa wang tunai yang mencukupi ke luar rumah, malah dapat mengurangkan risiko kita mengalami kerugian wang jika wang kita dicuri. Hal ini bertepatan dengan peribahasa serampang dua mata. Tuntasnya, sekeping kad kredit dapat menggantikan wang tunai yang banyak.


        Selanjutnya, kad kredit menyenangkan urusan seharian kita terutamanya ketika berbelanja. Hal ini dikatakan demikian kerana pemegang kad kredit boleh membayar bil elektrik, bil air, dan membeli-belah dengan mudah secara dalam talian. Contohnya, pemegang kad kredit boleh melayari laman “www.maybank2u.com” untuk membayar bil-bil dengan hanya satu klik. Selain itu, kita dapat menjejaki segala rekod perbelanjaan sendiri melalui laman tersebut. Kita turut boleh membeli barangan yang diingini di komplek beli-belah dengan menggunakan kad kredit tanpa perlu penjual membayar balik wang tunai yang lebih. Dengan itu, banyak masa dapat kita jimatkan. Tegasnya, kehidupan kita akan dinaiktarafkan dan menjadi senang ketika berbelanja dengan memiliki kad kredit.


        Bak kata peribahasa,"tiada gading yang tak retak". Bukan setiap perkara ada kebaikan semata-mata, tentulah ada kekurangan di sebalik kelebihannya. Antara impak negatif penggunaan kad kredit ialah sesetengah pemegang kad kredit yang gagal mengawalkan nafsu diri menyebabkan hutang mereka sekeliling pinggang. Hal ini dikatakan demikian kerana jika kita membuat perbelanjaan dengan boros sehingga melebihi pendapatan bulanan kita, tentulah akan kita berhutang banyak dengan pihak bank kerana mempunyai aliran wang yang negatif. Natijahnya, sesetengah penghutang kad kredit yang tidak berfikiran rasional akan terdesak untuk meminjam wang daripada ceti haram untuk melangsaikan hutang kad kredit. Tegasnya, penggunaan kad kredit dengan boros akan menyebabkan kita diisytiharkan muflis. 


     Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa penggunaan kad kredit mempunyai kelebihan dan kelemahan. Penggunaan kad kredit dapat menaiktarafkan dan menyenangkan kehidupan masyarakat. Sayang seribu kali sayang, masih terdapat banyak masyarakat terutamanya golongan belia yang menggunakan kad kredit secara boros akan menimbulkan masalah. Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak, kita patutlah memegang prinsip “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis” ketika membeli-belah dengan menggunakan kad kredit. Elakkanlah membeli barangan yang berjenama atau yang mahal mengikut nafsu diri kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa. Rentetan dengan itu, pihak kerajaan patutlah menganjurkan seminar-seminar yang berkaitan dengan penggunaan kad kredit dengan bijak. Dengan itu, nusa tercinta ini dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju lain.



(505 patah perkataan)


Markah - disemak Cikgu OKH
52/70

Ulasan