Membalaskan e-mel kepada sahabatmu yang berada di Singapura tentang Amalan Perayaan di Malaysia
Baca e-mel daripadda rakan anda dengan teliti
Bahan 1
Daripada: hairin_ali@gmail.com
Kepada: zaidiahmad@gmail.com
Perkara: Perayaan
Sahabatku, Zaidi.
Apa khabar? Semoga saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama-sama keluarga
Hari Raya Aidilfitri masih diraikan kerana kita baru sahaja dalam bulan Syawal. Di Singapura, perayaanny semakin hambar kerana penduduk beragama Islam di sini tidak seramai penduduk beragama Islama di Malaysia.
Oleh itu, bolehkah saudara menceritakan amalan ziarah-menziarahi semasa musim perayaan, terutamanya ketika sambutan Aidilfitri di tempat saudara?
Sekian terima kasih.
Yang benar,
Hairin Ali
Bahan 2
Majilis Rumah Terbuka Aidilfitri
Tempat: Pekarangan Balai Raya Kampung Sentosa
Tarikh: 25 Mei 20__
Masa: 11:00 pagi hingga 4:00 petang
Tuan-tuan dan puan-puan dijemput hadir ke majlis ini.
Selepas baca e-mel rakan anda. Anda dikehendaki menjawab e-mel tersebut. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.
Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Daripada: zaidiahmad@gmail.com
Kepada: hairin_ali@gmail.com
Perkara: Amalan Perayaan
Sahabatku, Hairin.
Apa khabar? Semoga saudara berada dalam kesihatan sihat sejahtera bersama-sama keluarga di Singapura. E-mel saudara telah saya baca. Saya berasa suka hati kerana saudara ingin mengetahui amalan perayaan di nusa tercinta saya.
Negara saya terdiri daripada pelbagai kaum. Sepanjang musim perayaan, amalan ziarah-menziarahi diamalkan oleh masyarakat di negara saya tanpa mengira kaum. Saya mempunyai kawan yang berlainan kaum turut menziarahi rumah saya sepanjang musim perayaan. Perkara ini telah memperlihatkan perasaan muhibah yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Selain amalan ziarah-menziarahi, majlis rumah terbuka Aidilfitri turut menjadi budaya baharu di negara saya. Majlis tersebut bukan sahaja menjemput kaum Melayu sahaja, tetapi juga menjemput kaum lain untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan kaum Melayu. Misalnya, masyarakat pelbagai kaum datang ke majlis rumah terbuka untuk menjamu selera sambil berbual-bual. Mereka berbual-bual dan berpeluang untuk memahami budaya dan adat resam kaum yang lain.
Kesimpulannya, amalan ziarah-menziarahi menjadi satu amalan biasa yang diamalkan oleh rakyat Malaysia manakala majlis rumah terbuka menjadi medan pertemuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk melupakan sebarang prejudis dan prasangka. Kedua-dua amalan tersebut bukan sahaja menjadikan sambutan Aidilfitri lebih meriah, malahan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
Zaidi Ahmad
204 patah perkataan
Ulasan
Catat Ulasan