Kepentingan Pelaburan Asing kepada Negara Kita
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menafikan dakwaan bahawa pelaburan asing merosost kerana pertumbuhan ekonomi yang tidak cukup tinggi dan masa depan yang tidak meyakinan. Dalam kenyataan, MIDA berkata ekonomi negara terus berkembang pada kadar 5.8 peratus pada suku tahun kedua 2017, antara yang tertinggi di dunia.
(Sumber: Bernama, 22 Oktober 2017)
Dengan berdasarkan maklumat di atas, huraikan kepentingan pelaburan asing kepada negara.
Zaman beralih, musim bertukar. Sejajar dengan era globalisasi ini, negara kita yang mempunyai potensi ekonomi yang tinggi telah menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara kita. Beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara kita. Contohnya, pihak kerajaan telah mewujudkan zon industri bebas seperti di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Hal ini telah berjaya menarik minat syarikat multinasional seperti Intel untuk datang ke negara kita untuk menjalankan perniagaan. Memandangkan kesungguhan pihak kerajaan untuk menarik minat pelaburan asing di negara kita, persoalan yang berlegar-legar di gawang minda saya ialah apakah kepentingan pelaburan asing kepada negara kita?
Kepentingan perdana pelaburan asing kepada negara kita ialah ekonomi negara akan dijana dengan adanya pelaburan asing dalam projek-projek negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana pengaliran wang ke negara lain dapat disekat. Hal ini berlaku apabila pelabur asing menggunakan bahan mentah tempatan untuk menghasilkan produk-produk mereka. Contohnya, kilang tayar yang didirikan oleh pelabur asing di negara kita memerlukan getah yang terdapat di negara kita sebagai bahan mentah utama untuk mengeluarkan tayar. Sesungguhnya, permintaan terhadap bahan mentah di negara kita akan meningkat dan sekali gus meningkatkan pendapatan negara kita melalui kutipan cukai. Tegasnya, pelaburan asing di negara kita mampu menjana ekonomi di negara kita.
Selanjutnya, pelaburan asing di negara kita dapat memajukan bidang sains dan teknologi di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana pemindahan ilmu teknologi dapat dibawa masuk ke negara kita apabila pelabur asing mendirikan syarikat multinasional di negara kita. Dalam hal ini, pekerja tempatan yang bekerja di syarikat tersebut dapat menambah ilmu pengetahuan tentang teknologi yang dibawa oleh syarikat tersebut. Misalnya, syarikat Skymind yang didirikan di negara kita telah membolehkan pekerja tempatan belajar ilmu kecerdasan buatan (AI) yang merupakan trend dunia kini daripada pakar dari luar negara. Tuntasnya, dengan pelaburan asing di negara kita, aspek teknologi negara kita dapat dimajukan dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju lain.
Sementalahan, peluang pekerjaan di negara kita dapat diperluas dengan adanya pelaburan asing di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana lazimnya, syarikat yang didirikan di negara kita akan mengupah pekerja di negara kita untuk menjimatkan perbelanjaan. Dalam hal ini, kadar pengangguran di Malaysia dapat dikurangkan dan sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. Selain itu, jika kilang yang didirikan oleh pelabur asing terletak di luar bandar, masalah penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar dapat dikurangkan. Kawasan di sekitar kilang tersebut akan maju dan mungkin boleh berkembang menjadi bandar. Tegasnya, pelaburan asing di negara kita bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan malahan memajukan kawasan sekitar negara kita. Hal ini bertepatan dengan peribahasa “serampang dua mata”.
Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa pelaburan asing di negara kita banyak mendatangkan kemaslahatan kepada negara kita. Tanpa pelaburan asing, negara kita tidak akan mencapai mercu kejayaan dalam pelbagai aspek. Lantaran itu, semua pihak haruslah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara kita kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Rentetan dengan itu, usaha yang drastik dan pragmatik haruslah diambil oleh pihak kerajaan untuk menganjurkan kempen supaya dapat menarik minat pelabur asing. Usaha-usaha murni tersebut tidak seharusnya bagai melepaskan batuk di tangga supaya usaha yang dicurahkan tidak akan umpama mencurahkan air di daun keladi. Dengan itu, negara kita dapat mencapai status negara maju dan gah di persada dunia.
(499 patah perkataan)
Markah - disemak Cikgu OKH
50/70
Ulasan
Catat Ulasan